How to Apply – Bahasa Malaysia

Home » Admissions » How to Apply » How to Apply – Bahasa Malaysia

CARA MEMOHON

Terima kasih kerana menjadikan ISKL sekolah pilihan anda; kami mengalu-alukan permohonan anda.
Admission Application-min
ISKL Batik Logo

Sila rujuk Senarai Semak Kemasukan sebelum membuat permohonan. Senarai ini akan membantu anda mengenal pasti dokumen yang perlu dimuat naik untuk melengkapkan permohonan anda. Permohonan anda akan disemak oleh bahagian Kemasukan kami setelah menerima semua dokumen anda. Sila hubungi kami di emel [email protected] jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan.

Bersedia untuk menyertai komuniti ISKL?

Empat langkah mudah untuk proses kemasukan:

Langkah 1: Klik butang Mohon Sekarang

  • Anda akan dibawa ke portal permohonan OpenApply ISKL.
  • Klik Hantar Permohonan.
  • Ikuti arahan untuk memulakan permohonan anda.
  • Muat naik setiap dokumen yang di senaraikan dan disatukan didalam satu fail, berformat PDF. 

Senarai Semak Dokumen

Salinan rasmi rekod dan transkrip akademik daripada setiap sekolah yang pernah dihadiri oleh pelajar dalam tempoh tiga tahun yang lepas. Rekod ini hendaklah diterjemahkan kepada bahasa Inggeris dan disahkan, termasuk apa-apa markah ujian seperti ERB, ITBS, ISA, NWEA dan sebagainya. Bagi Program Pendidikan Awal Kanak-kanak (Pemohon bagi Persediaan Awal, Persediaan Rendah atau Persediaan Tinggi), pemohon hendaklah mengemukakan semua laporan pra sekolah yang ada.

Anda akan diminta untuk memberikan alamat emel kepada guru, kaunselor atau pengetua anak anda bagi tujuan melengkapkan borang Rujukan Sulit dalam talian.

Bahagian 1 perlu diserahkan secara dalam talian semasa permohonan. Bahagian 2 perlu dicetak, dilengkapkan, ditandatangan dan disahkan oleh doktor. Rekod imunisasi juga diperlukan.

 

  • Pasport pemohon yang memaparkan nombor pasport dan tarikh lahir.
  • Pasport ibu bapa.
  • Gambar berwarna berukuran pasport (dengan latar belakang putih) terkini pemohon dan ibu bapa.

Salinan Permit Kerja/Pemastautin Malaysia yang sah atau surat pengesahan kerja di Malaysia daripada majikan ibu bapa. Murid hendaklah memiliki visa yang sah untuk belajar di ISKL

Dasar ISKL juga menyatakan bahawa semua murid mestilah pemastautin tetap yang tinggal sekurang-kurangnya dengan ibu atau bapa atau salah seorang penjaga yang sah.

Semua kad laporan sekolah terdahulu selain apa-apa keputusan ujian psikologi, Program Pendidikan Individu (Individualized Education Programs atau IEPs), EAL, atau apa-apa pentaksiran lain (contohnya Percakapan dan Bahasa, Terapi Pekerjaan). Sila berikan maklumat lengkap tentang pengalaman pendidikan terdahulu anak anda. Laporan yang menunjukkan keperluan dan keupayaan pembelajaran juga penting.

  • Borang Maklumat Latar Belakang Sekolah Rendah dalam talian
  • Soal Selidik Awal Alam Kanak-kanak dalam talian (untuk Persediaan Awal, Persediaan Rendah dan Persediaan Tinggi SAHAJA)

Langkah 2 – Pembayaran yuran permohonan tanpa pulangan balik bagi setiap pemohon

Pembayaran boleh dibuat melalui pindahan bank atau kad kredit. 

Langkah 3 – Unit Kemasukan akan meneliti permohonan anda

Setelah kesemua dokumen yang diperlukan dimuat naik, unit Kemasukan kami akan meneliti permohonan anda. Dengan syarat terdapat kekosongan tempat, penerimaan kemasukan dibuat berdasarkan semakan prestasi akademik yang lalu, sejarah peribadi dan padanan program.

Saringan dikehendaki bagi kesemua pemohon Awal Alam Kanak-kanak (Persediaan Awal, Persediaan Rendah dan Persediaan Tinggi). Unit Kemasukan akan memaklumkan kepada anda jika saringan dikehendaki bagi pemohon Gred 1 – 12.

Langkah 4

 Jika penilaian permohonan anda berjaya, tawaran tempat akan dikeluarkan!

Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Tambahan

Kelas Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Tambahan (English as an Additional Language atau EAL) akan disediakan kepada murid yang mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang rendah atau tidak menguasainya. Ujian EAL dijalankan mengikut kesesuaian untuk menentukan tahap penguasaan bahasa Inggeris. Semua murid EAL mestilah menunjukkan markah sederhana hingga atas sederhana dalam rekod persekolahan mereka yang lalu untuk dipertimbangkan bagi kemasukan.

MAKLUMAT TAMBAHAN