FAQs – Bahasa Malaysia

Home » Admissions » FAQs » FAQs – Bahasa Malaysia

SOALAN LAZIM

Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur (ISKL) Dalam 60 Saat

ISKL Batik Logo

Lokasi ISKL yang strategik, yang terletak lebih-kurang 3km dari pusat bandaraya Kuala Lumpur dan berdekatan dengan jalan utama membolehkan keluarga ISKL untuk tinggal di  sekitar kawasan Kuala Lumpur.

ISKL menyedikan kemudahan pengangkutan bas sekolah khas bagi murid-muridnya. Kira-kira 70% murid-murid ISKL berulang-alik ke sekolah dengan menaiki bas sekolah khas ini. Perkhidmatan bas ini juga bersedia untuk membawa murid pulang selepas menyertai aktiviti ko-kurikulum selepas waktu sekolah. Kemudahan ini membolehkan murid ISKL memanfaatkan sepenuhnya aktiviti ko-kurikulum yang disediakan.

Berikut adalah antara lokasi perkhidmatan bas khas kami:

  • Ampang Hilir, U-Thant dan Jalan Ampang dimana terdapatnya sejumlah besar kondominium dan rumah mewah. Hampir lebih satu perempat murid yang menaiki bas ke sekolah tinggal di kawasan ini manakala selainnya berjalan kaki atau berbasikal ke sekolah.
  • KLCC, Persiaran Hampshire, Persiaran KLCC dan Bukit Ceylon menempatkan kediaman bagi lebih daripada 20% murid kami.
  • Kebanyakan keluarga ISKL tinggal di Mont Kiara, Sri Hartamas, Bangsar dan Damansara – hampir 40% murid yang menaiki bas ke sekolah setiap hari berulang-alik dari kawasan pinggir bandar ini.

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan bas ISKL.

ISKL menawarkan pelbagai jenis aktiviti ko-kurikulum bagi Sekolah Rendah, Sekolah Menengah Rendah dan Sekolah Menengah Tinggi. Usaha bagi menggalakkan pelajar kami untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang ditawarkan dan mencuba aktiviti dan sukan yang baharu menjadi sebahagian daripada falsafah kami di ISKL. Untuk melihat senarai aktiviti yang ditawarkan, sila klik di sini.

ISKL beroperasi mengikut kalendar hemisfera Utara, dengan tahun akademik yang bermula pada bulan Ogos. Tahun persekolahan  kami terbahagi kepada dua semester:

  • Ogos hingga Disember
  • Januari hingga Jun

Sila klik di sini untuk melihat kalendar akademik tahunan sekolah kami.

  • Program Awal Kanak-kanak (Persediaan Awal – “Prep Reception” dan Persediaan Rendah – “Prep Junior”)
    8:00 pagi hinggga 12:30 tengah hari
  • Sekolah Rendah (Persediaan Tinggi “Prep Senior” hingga Gred 5
    8:00 pagi hingga 2:45 petang
  • Sekolah Menengah Rendah (Middle School)
    8:00 pagi hingga 2:45 petang
  • Sekolah Menengah Tinggi (High School)
    8:00 pagi hingga 3:00 petang

Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang jadual waktu persekolahan.

ISKL mengenakan peraturan pakaian seragam sekolah yang ketat dengan membezakan warna pakaian seragam muridnya mengikut tahap. Pakaian seragam kami direka bersesuaian dengan iklim di Malaysia untuk menjamin keselesaan murid.

Pada hari-hari tertentu, murid dibenarkan memakai pakaian bebas yang dipanggil “Tag Day/Free Dress Day”. Pada hari tersebut, murid boleh berpakaian mengikut tema yang diberikan dan sebagai sebahagian dari usaha khidmat masyarakat, sumbangan akan dikutip bagi membantu badan-badan kebajikan dan NGO tertentu.

Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang peraturan pakaian seragam sekolah ISKL.

ISKL tidak menetapkan tarikh tutup bagi permohonan pendaftaran murid. Penerimaan murid adalah berdasarkan kapasiti dan kekosongan. Oleh itu, ISKL menggalakan permohonan penendaftaran dilakukan secepat mungkin pada bila-bila masa. Bahagian kemasukan akan berkomunikasi dan memberikan maklum balas berhubung status permohonan pendaftaran anda (kebiasaannya dalam lima hari bekerja).

Adalah digalakkan bagi Murid Sekolah Menengah Tinggi (High School) untuk menghantar permohonan pendaftaran pada bila-bila masa sehingga 1 April. Murid Sekolah Rendah (Elementary School) dan Menengah Rendah (Middle School)  boleh menghantar permohonan pendaftaran pada bila-bila masa sehingga 1 Mei.

Ujian saringan perlu dilakukan bagi semua pemohon kemasukan ke Program Awal Kanak-kanak (Persediaan Awal, Persediaan Rendah dan Persediaan Tinggi). 

Bergantung kepadan keadaan, murid yang memohon bagi kemasukan ke Gred 1 hingga 12 juga mungkin perlu mengambil ujian saringan kemasukan.

Setelah kemasukan disahkan, ujian penempatan (jika perlu) akan dilaksanakan untuk memastikan penempatan kelas yang bersesuaian dengan murid (seperti tahap penguasaan khusus bagi bahasa asing atau tahap penguasaan khusus bagi matematik).

Mempelajari dan menguasai bahasa baharu memerlukan masa dan sokongan. Di ISKL, pakar bahasa dan guru kelas kami bekerjasama dalam satu pasukan untuk memastikan sokongan diberikan dalam persekitaran yang selesa agar anak anda dapat mencapai tahap potensi akademik yang terbaik. Program Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Tambahan (English as an Additional Language atau EAL) disediakan untuk murid yang tidak boleh atau mempunyai tahap penguasaan bahasa Inggeris yang lemah. 

Tanpa mengira tahap penguasaan, matlamat program EAL kami adalah sama, iaitu bekerjasama dengan murid dan ibu bapa bagi menyokong pelajar dari pelbagai negara, untuk menguasai bahasa Inggeris sekaligus mencapai tahap potensi akademik mereka.

Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang program EAL ISKL dan jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi unit Kemasukan di alamat [email protected].

Setiap usaha diambil untuk menempatkan murid mengikut gred yang sesuai berdasarkan pengalaman akademik dan kronologi umur . Bagi kebanyakan pemohon dari sekolah yang menggunakan kurikulum Amerika Syarikat, tiada perubahan pada gred dilakukan. Pemohon dari negara yang menggunakan kalendar akademik yang berbeza daripada kalendar ISKL iaitu Ogos hingga Jun, perubahan pada gred mungkin akan berlaku kerana perbezaan kalendar tersebut. Carta kesetaraan penempatan gred boleh didapati di sini.

Bagi Persediaan Awal (umur 3 tahun), Persediaan Rendah (umur 4 tahun), Persediaan Tinggi (umur 5 tahun) dan Gred 1 (umur 6 tahun), penempatan gred ditentukan mengikut umur murid sebelum 1 September. Bagi Gred 2 – 12, penempatan gred bergantung pada umur murid sebelum 1 September, peringkat kurikulum dan gred semasa murid, serta keupayaan akademik mengikut aras gred mereka.

Sila hubungi unit Kemasukan di alamat [email protected] jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung dengan penempatan aras gred.

Dasar yang telah ditetapkan oleh ISKL menyatakan bahawa murid mestilah pemastautin tetap yang tinggal dengan salah seorang ibu atau bapa atau penjaga sah semasa belajar di ISKL.

Sila ajukan soalan berhubung dengan penjagaan kepada unit Kemasukan di [email protected] ketika membuat pertanyaan atau permohonan.

ISKL tidak menyediakan kemudahan asrama memandangkan kami merupakan sekolah harian. Semua murid dikehendaki tinggal dengan ibu bapa atau penjaga yang sah semasa belajar di ISKL.

ISKL tidak melakukan proses pemberian visa pelajar bagi murid baharu. 

ISKL menetapkan dasar untuk murid baharu yang menyatakan bahawa:

Semua murid bukan warganegara Malaysia mestilah memiliki visa yang sah yang dikaitkan dengan permit kerja ibu bapa mereka. 

Murid bukan warganegara Malaysia yang lain juga boleh membuat permohonan visa pelajar jika keluarga mereka memiliki status Malaysia Rumah Keduaku (Malaysia My Second Home atau MM2H), atau jika mereka Pemastautin Tetap di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai visa dan pas pelajar sila klik disini.

[wd_asp id=1]

Communication Updates

Latest update: October 26

  • Early Childhood, Life-Centered Education (LCE), Grade 10, 11 and 12
    On Campus Learning from October 25

  • Grade 1, 2, 3 and 9
    On Campus Learning from November 1

  • Grade 4, 5, 6, 7 and 8
    On Campus Learning from November 8
Inquire Now