Soalan Lazim

Dimanakah kawasan lazim tempat tinggal kebanyakan keluarga ISKL dan bagaimanakah pelajar-pelajar pergi ke sekolah?

Kebanyakan pelajar ISKL tinggal di sekitar kawasan Lembah Klang. Kampus ISKL terletak di kawasan yang strategik, hanya 3km dari KLCC. ISKL turut menyediakan kemudahan bas sekolah untuk para pelajar. Sebanyak 70% pelajar menggunakan perkhidmatan bas sekolah yang di sediakan, termasuk tiga bas sekolah tambahan untuk para pelajar pulang selepas menyertai aktiviti tambahan.

Antara kawasan tempat tinggal yang popular adalah:

  • Ampang Hilir, U-Thant dan Jalan Ampang di mana terletaknya kawasan perumahan yang eksklusif. Kebanyakan pelajar yang tinggal di kawasan ini menaiki bas sekolah. Segelintir darinya memilih untuk berjalan kaki sambil ditemani ibubapa atau penjaga, atau mereka berbasikal ke sekolah.
  • 20% dari pelajar sekolah ISKL juga tinggal di sekitar KLCC, Persiaran Hampshire, Persiaran KLCC dan Bukit Ceylon.
  • Terdapat juga keluarga yang tinggal di kawasan Mont Kiara, Sri Hartamas, Bangsar dan Damansara. Lebih 40% pelajar yang tinggal di kawasan ini memilih untuk menggunakan perkhimatan bas sekolah yang disediakan.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai sistem operasi bas sekolah kami sila lihat sini.

Apakah aktiviti tambahan yang ditawarkan kepada pelajar di ISKL?

ISKL menawarkan pelbagai aktiviti tambahan untuk pelajar bagi semua peringkat. Ia adalah sebahagian daripada falsafah sekolah kami untuk menggalakkan pelajar-pelajar melibatkan diri dalam semua jenis aktiviti yang ditawarkan dan mencuba aktiviti baru termasuk sukan. Untuk mendapatkan maklumat penuh tentang aktiviti yang kami sediakan sila lihat sini.

Bagaimanakah struktur kalendar akademik tahunan persekolahan?

Kalendar akademik tahunan persekolahan bermula pada bulan Ogos.

Ianya terbahagi kepada dua semester, iaitu:

  • Ogos hingga Disember
  • Januari hingga Jun.

Sila lihat sini untuk mendapatkan kalendar akademik persekolahan bagi tahun 2018-2019.

Bagaimanakah waktu persekolahan di ISKL?

Program awal persekolahan/tadika (Prep Reception dan Prep Junior) bermula dari 8:00 pagi hingga 12:30 tengahari.

Sekolah Rendah (Prep Senior hingga Gred 5) bermula dari 8:00 pagi hingga 2:45 petang.

Sekolah Menengah Rendah (Middle School) bermula dari 8:00 pagi hingga 2:45 petang.

Sekolah Menengah (High School) bermula dari 8:00 pagi hingga 3:00 petang.

Adakah ISKL mengenakan pakaian seragam sekolah?

Pakaian seragam sekolah di ISKL adalah wajib bagi setiap pelajar dan pelajar harus berpegang pada kod pakaian sekolah. Setiap peringkat sekolah mempunyai warna pakaian seragam yang berbeza . Pakaian seragam kami adalah bersesuaian dengan keadaan cuaca di Malaysia bagi memastikan pelajar sentiasa berada dalam keadaan yang selesa.

Ada ketikanya sekolah menganjurkan hari berpakaian bebas untuk pelajar atau “Tag Day” di mana pelajar dibenarkan untuk berpakaian mengikut tema acara yang diadakan.

Berapakah tempoh masa yang saya perlukan untuk memohon kemasukan ke ISKL sebelum tiba di Kuala Lumpur?

Kami sentiasa menerima permohonan kemasukan di semua peringkat sekolah sepanjang tahun. Oleh kerana tiada tarikh tutup yang rasmi untuk permohonan, kapasiti kemasukan pelajar baru amat terhad. Disebabkan itu, kami menggalakkan anda untuk memohon secepat mungkin.

Pejabat kemasukan akan memastikan permohonan anda diproses dengan secepat mungkin, kebiasaannya dalam tempoh lima hari bekerja.

Bolehkah pendaftaran pelajar dilakukan pada bila-bila masa dalam setahun?

Pendaftaran pelajar boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam setahun, tetapi anda dinasihatkan supaya memeriksa secara terus dengan pejabat kemasukan bagi memastikan sekolah mempunyai kapasiti untuk anak-anak anda. Pelajar Sekolah Menengah (High School) boleh mendaftar pada bila-bila masa sehingga 1 April. Manakala pelajar Sekolah Rendah (Elementary School) dan Sekolah Menengah Rendah (Middle School) boleh mendaftar pada bila-bila masa sehingga 1 May.

Perlukah ujian kemasukan dilakukan sebagai sebahagian daripada proses kemasukan?

Kebanyakan keputusan permohonan dapat dicapai berdasarkan kepada dokumen pemohon. Tetapi bagi sesetengah permohonan, mereka mungkin perlu menduduki ujian kemasukan.

Ujian adalah seperti:

  • Penilaian kesediaan (untuk Prep Reception, Prep Junior, dan Prep Senior).
  • Ujian akademik seperti matematik, pemahaman membaca, penulisan, dan/atau Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (EAL).
  • Temuduga bersama pegawai kemasukan.

Selepas kemasukan disahkan, ujian penempatan akan dilakukan (jika perlu) untuk memastikan penempatan kelas yang bersesuaian (seperti tahap tertentu bahasa asing atau tahap tertentu matematik).

Bagaimanakah penempatan gred ditentukan?

Segala usaha dilakukan untuk menempatkan pelajar di dalam gred yang bersesuaian berdasarkan latar belakang akademik dan kronologi umur. Tiada perubahan pada gred bagi pemohon yang datang dari sekolah berasaskan kurikulum Amerika Syarikat. Tetapi bagi pemohon yang datang dari negara-negara di mana kalendar akademiknya berbeza daripada ISKL (kalendar Ogos ke Jun), mereka mungkin harus menjalani semester tambahan kerana perbezaan kalendar ini.

Sebarang pertanyaan mengenai penempatan darjah boleh di tanya terus kepada jabatan kemasukan.

Bolehkah anak saya tinggal bersama rakan atau saudara-mara ketika menuntut di ISKL?

Polisi ISKL menyatakan bahawa pelajar harus menetap dan dijaga oleh sekurang-kurangnya seorang ibu/bapa atau penjaga yang sah. Sila ajurkan soalan mengenai hak penjagaan ke Pejabat Kemasukan semasa membuat permohonan.

Adakah kemudahan asrama disediakan untuk pelajar?

ISKL tidak menawarkan kemudahan asrama. Semua pelajar dikehendaki menetap bersama ibu/bapa atau penjaga yang sah semasa menuntut di ISKL.

Adakah pihak ISKL menyediakan perkhidmatan pemprosesan visa bagi pelajar baharu?

ISKL TIDAK menyediakan perkhidmatan memproses visa bagi pelajar baharu. Semua pelajar harus memiliki visa yang sah melalui permit kerja dari ibu/bapa atau program MM2H.