Senarai Semak Permohonan

Senarai semak ini adalah panduan bagi melengkapkan permohonan anda. Sila lengkapkan borang/dokumen-dokumen berikut untuk diserahkan kepada Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur (ISKL).

1. Borang Permohonan

Online Application Click to Apply

2. Salinan rasmi rekod akademik dari setiap sekolah yang pernah dihadiri dalam tempoh tiga tahun yang lalu, diterjemahkan ke Bahasa Inggeris dan disahkan, serta setiap keputusan ujian standard seperti ERB, ITBS, ISA, NWEA dan lain-lain. Semua laporan pra-sekolah bagi permohonan Prep Reception, Prep Junior, atau Prep Senior mesti disediakan.

3. Pemohon yang sebelum ini telah menerima atau telah dicadangkan untuk menyertai program sokongan - semua kad laporan sekolah, apa jua keputusan ujian psikologi, Program Pendidikan Individu (IEP), Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (EAL) atau mana-mana penilaian lain (cth Bahasa dan pertuturan, Terapi Cara Kerja). Sila berikan maklumat lengkap mengenai pengalaman pendidikan anak anda. Laporan yang menunjukkan keperluan pembelajaran dan kebolehan adalah penting.

4. Borang Kebenaran untuk Pelepasan Rekod Sekolah

5. Borang Kesihatan Pelajar (Student Health Form) termasuk rekod imunisasi. Sila ambil perhatian bahawa halaman 3 & 4 hendaklah ditandatangani dan disahkan oleh doktor.

6. Borang Keahlian Persatuan ISKL (The Society for ISKL Membership Form), termasuk salinan pasport kedua-dua ibu bapa. (Untuk Ibu Bapa Sahaja - SATU borang setiap keluarga)

7. Salinan pasport pemohon yang menunjukkan nombor pasport dan tarikh lahir.

8. DUA keping gambar berwarna dan berukuran pasport terkini pemohon, dengan nama pemohon ditulis di belakang.

9. Salinan Permit Kerja/Taraf Penduduk Tetap yang sah Malaysia atau surat daripada majikan mengesahkan pekerjaan ibu bapa di Malaysia.

* Pelajar perlu mempunyai Pas Pelajar yang sah atau permit untuk belajar.

10. Bayaran permohonan (tidak akan di kembalikan) sebanyak RM1,155 atau USD325 bagi setiap pemohon. Bayaran boleh dibuat secara Tunai, Cek, Bank Draf atau dengan kad kredit dalam Ringgit Malaysia (RM) atau Dolar Amerika (USD), atau melalui Pemindahan Telegraf dibayar kepada THE SOCIETY OF THE INTERNATIONAL SCHOOL OF KUALA LUMPUR.

BUTIRAN PEMBAYARAN

I. Cek dalam Ringgit Malaysia hendaklah dibuat atas nama The Society of the International School of Kuala Lumpur.

II. Pemindahan telegraf untuk ISKL boleh dibuat melalui: CIMB Berhad, No Akaun: 8008-352-178, CIMB Bank Berhad, Lot 1 Ground Floor Gleneagles, Kuala Lumpur, 282, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur, Malaysia. Swift Code: CIBBMYKL.

III. Pembayaran yuran dalam Dolar Amerika (USD) hendaklah dibuat dan dikeluarkan oleh bank dari Amerika. Bagi pemindahan telegraf, pemindahan hendaklah dibuat ke TD Bank, N.A. sila hubungi pejabat pentadbiran ISKL untuk maklumat lanjut.

Bayaran permohonan atas talian adalah melalui kad kredit sahaja.

Borang Yang Di Perlukan Bagi Sekolah Rendah Dan Tadika

* Nota: Para pelajar harus mahir menggunakan tandas.

Borang Yang Di Perlukan Bagi Sekolah Menengah Rendah

(Gred 6 hingga Gred 8)

Borang Yang Di Perlukan Bagi Sekolah Menengah

(Gred 9 hingga Gred 12)


MAKLUMAT PENTING

Perhatian. Permohonan yang tidak lengkap, tidak akan diproses dan kekal tidak aktif sehingga semua borang/dokumen yang diperlukan dihantar ke pejabat ISKL. Setelah semua butiran lengkap diterima dan disemak, pihak kami akan memaklumkan kepada ibu bapa tentang langkah seterusnya beserta maklumat ujian kemasukan/penempatan.

Kelas Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua hanya tersedia untuk pelajar yang kurang mahir atau tiada penguasaan bahasa Inggeris. Ujian Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (EAL) yang sesuai akan diberikan untuk menentukan tahap penguasaan bahasa Inggeris. Semua pelajar EAL mesti menunjukkan keputusan yang memuaskan atau cemerlang dalam rekod sekolah terdahulu mereka untuk dipertimbangkan bagi kemasukan.

Polisi ISKL menyatakan bahawa pelajar harus menetap dan dijaga oleh sekurang-kurangnya seorang ibu/bapa atau penjaga yang sah.