Soalan Lazim

Bolehkah pendaftaran pelajar dilakukan pada bila-bila masa dalam setahun?

Pelajar boleh mendaftar pada bila-bila masa dalam setahun, tetapi adalah dinasihatkan supaya pra-pendaftaran dilakukan bagi memastikan ketersediaan tempat. Pelajar Sekolah Tinggi (High School) dikehendaki mendaftar sekurang-kurangnya 20 hari persekolahan sebelum berakhirnya semester. Pelajar senior Sekolah Tinggi (High School) perlu mendaftar untuk dua semester penuh sebelum dapat menamatkan pengajian.

Tempoh masa yang saya perlukan untuk memohon kemasukan sebelum saya tiba di Kuala Lumpur?

Oleh kerana tiada tarikh akhir rasmi untuk permohonan, kami sentiasa menerima permohonan kemasukan di semua peringkat sekolah. Hal ini menyebabkan kapasiti kemasukan pelajar baru amat terhad. Oleh yang demikian, kami menggalakkan anda untuk memohon secepat mungkin.

Adakah ujian kemasukan perlu dilakukan sebagai sebahagian daripada proses kemasukan?

Kebanyakan keputusan permohonan dapat dicapai berdasarkan kepada dokumen pemohon. Tetapi dalam sesetengah permohonan, pemohon mungkin perlu menduduki ujian kemasukan bagi mendapatkan keputusan.

Ujian tersebut mungkin termasuk:
Penilaian kesediaan (untuk Prep Reception, Prep Junior, dan Prep Senior), ujian akademik seperti matematik, pemahaman membaca, penulisan, dan/atau Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (EAL), atau temuduga dengan pegawai kemasukan.

Selepas kemasukan disahkan, ujian penempatan akan dilakukan (jika perlu) untuk memastikan penempatan kelas yang bersesuaian (seperti tahap tertentu bahasa asing atau tahap tertentu matematik).

Bagaimanakah penempatan gred ditentukan?

Segala usaha dilakukan untuk menempatkan pelajar di dalam gred yang bersesuaian berdasarkan latar belakang akademik dan kronologi umur. Bagi sebahagian besar pemohon yang datang dari sekolah berasaskan kurikulum Amerika Syarikat, tidak ada perubahan pada tahap gred. Tetapi bagi pemohon yang datang dari negara-negara di mana kalendar akademiknya berbeza daripada ISKL (kalendar Ogos ke Jun), mereka mungkin harus menjalani semester tambahan dalam sesuatu gred kerana perbezaan kalendar ini. Pelajar yang memerlukan sokongan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (EAL), mereka mungkin akan ditempatkan dalam gred yang lebih rendah berdasarkan kepada keperluan EAL mereka, mengikut peraturan pentadbiran ISKL ada menyatakan bahawa kemahiran Bahasa untuk memasuki sesuatu gred adalah perlu. Kejayaan menamatkan peperiksaan SPM atau lapan peperiksaan GCSE/IGCSE dianggap bersamaan dengan Gred 10 di ISKL.

Bolehkah anak saya tinggal bersama kawan atau saudara-mara ketika menuntut di ISKL?

Polisi ISKL menyatakan bahawa pelajar harus menetap dan dijaga oleh sekurang-kurangnya seorang ibu/bapa atau penjaga yang sah. Sila ajukan soalan mengenai hak penjagaan ke Pejabat Kemasukan semasa permohonan dibuat.

Adakah kemudahan asrama disediakan untuk pelajar?

ISKL tidak menawarkan kemudahan asrama. Semua pelajar dikehendaki tinggal dengan ibu/bapa atau penjaga yang sah semasa menuntut di ISKL.

Di kawasan manakah kebanyakan ekspatriat tinggal?

Kebanyakan pelajar ISKL tinggal di sekitar Lembah Klang.

Adakah perkhidmatan bas disediakan atau saya perlu menyediakan pengangkutan untuk anak saya?

Perkhidmatan bas disediakan (pergi dan balik) sekitar Lembah Klang dan kami juga menyediakan perkhidmatan bas untuk pelajar yang terlibat dalam aktiviti selepas waktu sekolah.

Adakah aktiviti selepas waktu sekolah ditawarkan di ISKL?

ISKL menawarkan pelbagai aktiviti selepas waktu sekolah untuk para pelajar di semua peringkat.

Bagaimanakah struktur kalendar akademik tahunan persekolahan?

Kalendar akademik tahunan persekolahan terbahagi kepada dua semester, iaitu Ogos hingga Disember dan Januari hingga Jun.

Apakah Jadual waktu persekolahan?

Program awal persekolahan/tadika (Prep Reception dan Prep Junior) bermula dari 8:00 pagi hingga 12:30 tengahari

Sekolah Rendah (Prep Senior hingga Gred 5) bermula dari 8:00 pagi hingga 2:45 petang

Sekolah Menengah Rendah (Middle School) bermula dari 8:00 pagi hingga 2:45 petang

Sekolah Tinggi (High School) bermula dari 8:00 pagi hingga 3:00 petang

Adakah pihak sekolah mewajibkan pakaian seragam sekolah?

ISKL mewajibkan pakaian seragam sekolah dan berpegang pada kod pakaian yang berbeza sedikit pada setiap bahagian. Ada ketikanya pelajar menganjurkan “Tag Day” di mana pelajar dibenarkan untuk berpakaian mengikut tema.